Wednesday, December 3, 2014

Dah Disember !



Hi,

Cepatnya nak habis 2014. Rasa macam tahun ni paling laju masa berjalan
Minggu depan kami akan sambut Anniversary ke 3. Excited. Taknak hadiah apa pon cukuplah dengan kesihatan yang baik sepanjang aku mengandung ni. Alahmdulillah dah 4 bulan. Tapi biasalah masih paranoid. Takot tu mesti ada. Berjaga-jaga sangat. Bukan Aku yang dulu lah senang cerita. haha, lebih perempuan sikit jalan pon terkepit. Kalau tak langkah tu tah kemana2 tah. -_-


MALAS masih sama. Aku cukup malas jumpa orang. Jumpa pon siapa yang aku senang je. Kalau saja-saja nak jumpa, Banyak la alasan aku bagi. haha. Suka duduk rumah. Diam-diam, membaca, tido, makan. Dapur rumah tak berasap langsung. Sepanjang nni memang makan luar. Tapi aku pon tak la kerap makan sangat. dah 4bln berat hanya naik 500grm. 3 bulan pertama turun sampai 7kg. So agaknya sekarang berat yg ok lah kot? 


Setiap hari aku doa , semua dipermudahkan. Mabuk Mual on off. Siang memang ok je. Malam agak manja sikit. Baringg je / ke toilet. Selebihnya duduk bilik mengurung diri. hihi lebih seronok macam ni. Memang betul2 beri perhatian terhadap DIRI SENDIRI. Aku ada few alergik sepanjang preggy ni. Tapi semua terkawal. kulit kering and gatal melampau sampai merah2, mak kata tu biasa je. So far check up 2 tempat. Saja nak 2nd opinion. Private & KK. Both ok je. Tapi KK explanation memang sangatttt detail. So aku ok je for both. Next 3 weeks checkup lagi. Masa tu dah nak masuk 5bln. Ya Allah permudahkan lah. Amin,.


Barang baby dah beli sikit2. amik warna neutral je. hehe







Thursday, October 2, 2014

Alhamdulillah



Bismillah...

Sempena Jumaat Barakah ni. Aku ada keberanian sikit nak share berita yang ditunggu selama hampir 3thn usia perkahwinan. Last entry SINI aku last period adalah pd 15.8.14 . Aku siap pergi Langkawi jalan2 lompat sana sini. Nak kata aku tau aku pregnant jauh sekali. 

Secara ringkas la . 

Aku cuma perasan badan aku panas sampai skg. Tapi tak demam. dan ade 1 rasa sakit mencucuk2 kat bahagian perut/ovari ke (kwsn sewaktu). Sakit tu mmg aku tak pernah rasa pon. Dlm hati aku dah terasa : aku ni pregnant ke? Tp malas mengharap. So buat aktiviti mcm biasa. Sampai ms kat langkawi aku ade rasa nak google ciri2 wanita HAMIL. and few ciri tu aku ada. Tp mcm tu jelah.. Masa nak touchdown LGK-KUL ms tayar flight cecah je jalan. Automatic aku angkat punggung aku. Hubs tanya knp? aku diam je. huhu

15.9.14 - Aku keluar g mall, tp perut still rs cramp mencucuk2. so aku decide beli pad dan pakai. sebab rasa mmg akan period la kot? Balik dr mall aku check kosong. So mmg aku tak teragak2 nak buat UPT sbb teringat pesan doc, IF period lambat buat UPT. So pagi 16/9 ( Cuti Hari Msia) aku buat test spt kat bawah ni :



and ....... POSITIVE ! 2x jam 7.30am & 8am

Ya Allah, berderau darah aku masa tu jugak. BLUR pon ia. Time camnilah aku macam tak paham double line tu maksudnya apa? Aku tak boleh fikir. Aku buat lagi test ( 6 x upt aku buat ms berlainan) result sama. Aku keut hubs dr tido. dah sama2 BLUR. Aku suruh hubs beli UPT lain 2/3 and clear blue. Lps tu aku ajak jmpa doc. Result sama. Double Line. Lps jmpa doc :

Poliklinik Ria

Ahamdulillah positif , doc sah kan aku 5w masa tu. tak paya la aku share cerita nangis2 tu semua. and sampai skg pon tak ramai yg tahu aku preggy. Aku lebih banyak diam. Instagram pon sunyi sikit 2/3 menjak ni. Aku sickness malam . Lepas magrib je tak kira mesti loya, muntah. Makan mmg tak lalu sgt skg ni. aku makan apa aku boleh sumbat je. nasi totally OUT. Skg aku dah 7weeks. 1st scan on 5w tu semua ok. kecil lagi just doc sahkan kandungan dlm rahim. alhamdulillah. next apmt on 10weeks.

Sebenarnya ....

Masih jauh lagi perjalanan aku. Tujuan tulis kat sini pon sebab sbg rujukan aku nanti dan mungkin ini sahaja entry  ttg pregnancy. Aku masih ada rasa nak berahsia. Aku paham macam mana susahnya nak dapatkan Zuriat. Aku masih ada kawan2 yg perlu dijaga hatinya. So aku taknak dgn rezeki yg Allah bagi ni buat aku mendabik dada (nauzubillah). Rezeki anak ni semua milik DIA.So keputusan aku untuk mendiamkan diri tu aku rasa tepat. Aku doakan kawan2 TTC aku yang lain sama2 dapat rezeki yg satu ni. Amin. Moga Allah makbulkan doa kalian juga. Setiap orang akan ada rezeki anak. Kuncinya hanya SABAR. InsyaAllah.


Dan Alhamdulillah akhirnya Allah perkenankan doa kami. selepas macam2 yg aku lalui dr awal aku start ttc. Akhirnya terbayar. Alhamduliilah Syukur. =) 



Sampai sini sana coretan. InsyaAllah . Minggu depan start checkup demc.













Friday, August 29, 2014

2 bulan selepas OD



1st period aku selepas Od adalah pada 12/7/2014
2nd period aku pd 15/8/14


1st day period selepas OD pd CD31- Heavy dan lancar. Wuuu seronok pulak rasa tetibe jadi betul2 wanita. hihi. Aku period dalam 6hari. Sepanjang period takde masalah. Even ms jumpa doktor aku cuma tanya soalan tentang % untuk preggy selapas OD. Dokter mana yg  tak positif kan? So aku terima la jawapan doc dengan rasa HAPPY ! Walauponnn.... hehe . Doc kata selepas OD  dalam tempoh 4-6bulan selalunya positif preggy secara normal. Tapi semua pon berbalik pd ketentuan Allah swt. So aku takdelah letak harapan yang tinggi. Tapi ... KEINGINAN & HARAPAN tu mestilah ada kan? Siapa taknak baby.

Doc bekalkan - Metaformin shj. (kos masa tu RM 380.00) sebab doc ade cabut benang jahitan aku.

Dalam July semua okey - Raya - etc busy je. Tapi aku perasan aku kuat makan. HAHA. So aku memang  tau sure ganggu punya hormon. Sebab berat badan naik kan? Sah ! sebab aku cuma period CD35. Date pada 15/8/2014 - Jumaat. Sebab sabtu doc closed klinik. So aku jumpa doc pada CD4 - 18/8/2014

Soalan pertama doc : Tak lekat lagi ke?? bolehhh? sentap aku. haha
Ada tambah berat? Kurang berat? sambil ketawa.

Aku cakap saya dh period. Doc pon perasan aku lewat sikit. So dia still bekalkan aku ubat.

1) Clomid 100mg each utk 5 hari.
2) Metaformin

Jumpa semula pada CD 12 - 26/8/12 Selasa baru ni.

Doc explain la dr kes 2 aku sebelum OD hingga aku OD. main concern doc adalah nak dapatkan telur besar. Pcos kan telur banyak tapi satu pon tak besau. paling besar aku pernah ada lepas inject + clomid hanya 13mm. T_____T, Jadi kelmarin doc kata dia nk tvs utk tengok telur. Fuhhh berdebar. Serius ! Aku berdebar sebab yelah lepas ko tadah diri nak OD mestilah ko harap ade benda positif kan? Tapi honestly masa aku ambil clomid kesan cuma pening2 dan badan aku jd panas. tak tau kenapa. So lepas baring doc tvs, Alhamdulillah ada telur sebelah kiri 18mm. which is doc kata positif la sebab akhirnya aku dapat gak telur besar. hewhew. Belah kanan ada 16mm. Doc bagi aku injection pregnyl untuk pecahkan telur dan selepas 36jam pandai2 lah. HAHA.

So harini CD15 - Jumaat 29/8/14

last sebelum keluar bilik doc cuma pesan : If tak period buat upt, If period jumpa saya as usual. Kita akan cuba iui lepas ni. Aku senyum je and cakap InsyaAllah. Semoga ada harapan. 


Next week aku bercuti ke Langkawi. Act belanja Hubs bercuti sempenan Birthday dia. So sekali harungla bercuti sekali.



Till then....










Thursday, August 21, 2014

sambungan OD


Salam & Bismillah

Salam Jumaat & Selamat Berkabung sempena #MH17

Dari last entry yg INI baru ada masa nak sambung cerita. Biasalah lepas Bulan Puasa, RAYA, Open House yada yada. Oh lupa Selamat hari Raya buat semua ( maaf jika terlambat) hihi.

Masa aku dimonitor di bilik OT, Nurse ada tunjukkan sample dlm 1 bekas kecil and dia kata akan dihantar ke makmal . Result doc akan bagitahu.Selepas prosedure OD aku dihantar ke wad. maka berehatlah seketika. jam 2pm keatas aku sedia menerima tetamu. Terima kasih buat fam & kawan-kawan. ( masa tu kita akan rasa disayangi sangat T_T huhu) Rasa happy bila tengok kawan datang and bagi kata sokongan. InsyaAllah usaha takkan terhenti. biarlah sampai mati usaha sekalipon, tapi aku harap aku dah buat semua dengan baik. Kalau bukan REZEKI kembali bertanya kepada yg atas tu kan =)

Doc & Nurse ada masuk few times tanya keadaan. 1st day tu honestly MEMANG SAKIT ! walaupon minor surgery. Nak baring sakit badan nak jalan sakit. Aku diberi ubat buang angin (kentut) ubat untuk buang air besar, dan ubat tahan sakit. Sebab Nurse nak aku buang air besar takot agaknya ade usus yg terrrr pape lah masa OD tu kan? hehe . Cuma aku perasan kesan dr gas yg masuk terlalu banyak dalam badan, aku menghadapi kesukaran bernafas dan sesak dada bila baring. T____T sakitnya tuhan he yg tahu. Sampai aku terpaksa tido duduk.


Sabtu 21/6/2014

Doc Z ade masuk bilik around pukul 8am. Kebetulan memang aku ade kat sofa, aku mengadu kat doc aku takleh bernafas/ sesak dada bila baring. Doc kata : memang itu kesan bila angin tu naik ke atas. so aku menag kene buang angin secara kerap. Aku ada baca blog, kesan dari pembedahan tu perut akan buncit ( slps pembedahan sbb gas masuk) SERIUS ! iya. Sehingga sekarang ( 2 bln). Perut aku masih kembung angin. huhu. Lagi teruk masa 1 month la. Doc check and kata bagus sebab aku banyak berjalan. jadi dia nak jumpa aku next period. Nurse hantar ubat &  bil. Hubs setel urusan semua. Dan aku boleh checkout dr hospital. Alhamdulillah =)


few question aku pada doc : perlu ke saya berpatang makan?

Doc jawab : Tak perlu, tapi kalau ada makanan yang awak tak tahan berhenti ambil. sebab akan gatal dibahagian yg ditebuk. memang aku berpantang je lah, untuk kesihatan kan? Aku akui memang gatal esp bahagian pusat sbb termakan telur. hewhew.


ok nanti kita sambung ya?

Period pertama selepas OD pada 12//7/ 2104







Monday, July 7, 2014

Bismillah. - Ovarian Drilling (OD)



Last aku update blog rasanya last month. Refer entry INI 

Nak dijadikan cerita ....

Aku period ! makanya cd2  terus la buat appoinment dengan doktor macam biasa. Dan macam biasa jugakla aku akan get ready untuk ape je yang doc dah tentukan. Kalau ikut perancangan awal. Aku sepatutnya OD selepas RAYA. means aku masih la ade masa nak jalan2 few days before puasa. Heeee. Tapi ..... Doc dengan tiba2 and lajunya decide aku OD new week nya. 20/6/2014. Serius aku terkejut, walaupon dah boleh agak dah. hihi. Takde lah takot ke apa? sebab aku dha bersedia dari awal aku start ttc. ape sahaja yg aku lalui ade sebabnya kan? Tapi tak sangkalah seawal ini. Date jumpa doc masa tu 16/6/2014 - Isnin.

Bermulalah episod EMOSI dalam diri. haha.

Semua benda pon aku nak makan, Husband pulak dah start manja2kan diri and start kesian kat bini. ;p
Takdelah aku ambil kesempatan , Tapi waktu macam ni memang la perlukan sokongan dari org yg kita sayang. nak pula ade ade 3 hari je sebelum aku warded Khamis  19/6/14. So dari aku layan sangat perasaan Stress + takut tu? Hubs tak bagi baca apa2 berkaitan benda2 tu semua. Menjadi orang yg degil, aku - google !! Hihi


Aku share sikit pengalaman aku buat Laps.

Khamis - 19/6/14

Aku sepatutnya admit Jam 6am. tapi sebab tunggu hubs balik kerja + aku nak makan kat chillis (sempatkan), So aku dengan selamber jugak la pegi Empire mall, Subang. Sampai pihak hops call untuk suruh register. Takot kami lupa. Lupa? No such thing la. Sooner or later aku still kene OD jugak. sbb dah terang2 failed makan ubat macam2 still tak jadi apa. Jadi memamng OD jalan terbaik.





lepas dah admit. Aku ambil bilik single. senang dan mudah untuk  hubs dan aku selesa sikit. Malam tu nurse dah start kawal BP aku. Blood Pressure aku sangat TINGGI ! huhu, sampai nurse suruh bertenang , maybe sebab aku takot kan? Siapa tak takot? tak pernah sekali aku terfikir dalam kepala otak nak masuk bilik OT, dipengsankan sepenuhnya and menjalani pembedahan? walaupon ( minor surgery) but Still .....

So malam tu aku taknak fikir sangat aku layan movie je kat laptop. seingat aku ada dalam 3 x BP aku diambil. sebab pagi jumaat tu dah nak OT dalam jam 8am. Doc bius masuk suruh sign consent. Masa sign tu aku memang dah ready lah. Nak fikir apa lagi kan? Aku disuruh puasa, last aku minum air jam 12mlm. 


Jumaat - 20/6/14

Jam 5am, nurse ambil bp lagi sekali dan hantar pakaian baru untuk masuk OT. Dia suruh mandi by 6.30am dia akan datang. Lepas sembahyang subuh, aku siap2 pakai baju dan tunggu nurse datang. Lepas dah ditolak ke bilik OT. Aku disuruh baring dekat troley yg macam dalam drama tu ( haha sempat aku pk aku mcm tgh berlakon. LOL) Nurse baca detail aku and transfer pd nurse bhgn pembedahan. Lepas soal sikit2 ak dibawa ke 1 lagi bilik untuk monitor jantung. so kat situ lah jantung aku di monitor sebelum aku dengar suara Doc Zamri ! Lega tapi takot. hihi. Doc tanya : U takot ke? rilex ok? semalam bola tengok tak? Kalah team saya ( sempat lagi doc ni)

by 8am. Ku ditolak sekali lagi masuk ke bilik OT. Sejukkkk sangat. Nurse tanya aku tahan tak? and ofcourse aku tak selesa. Jadi mereka pasang warmer. Mulut aku tak sudah2 baca surah2 apa yg terlintas. Ya Allah , kau permudahkanlah, jangan dipersulitkan. Amin.

Doc bius sampai. Suruh aku tarik nafas, baca bismillah dan selawat. Satu jarum dicucuk di tangan , serius aku dapat rasa ade cecair mengalir dalam badan ! Terus GELAP !




Ini proses yang aku buat. Based on apa yg aku google diinternet. dan dari apa yg doc gambarkan pd aku. Aku hanya sedar sepenuhnya jam 10am. Tu pon kepala berat, mamai, and nurse monitor aku dibilik mula2 untuk tgk jantung. Dia tanya aku nak apa2? apa yg tak selesa? Aku tak boleh nak bernafas betul dan rimas dengan oksigen tu. So aku suruh tanggal. hehe. Doc bius dtg buat lawak lagi. Tanya kalau2 aku ok ke? kalau tak dia nak bius lagi bagi aku tido sampai petang. Hoiiiii mestilah aku taknak kan? Aku just jawab. : saya dah tak larat nak dipengsankan. hihi. By 11am macam tu , aku sedar sepenuhnya sebelum dihantar ke wad semula. Nanti aku sambung lagi ya.


Selamat Berpuasa =)









Saturday, May 31, 2014

Miracle kah?


26/5/2014

Lepas pulang dari bercuti 3h2m ke Krabi. Tenang hati fikiran semua. on 26/5 ada appoinment dengan Doc .
As usual aku suka ambil session pagi (walauuupon) hihi. Patient doc sangat ramai, so awal camne datang pon, tetap laaa turn aku time nak lunch camtu. BIla tiba giliran je. Doc keluar bilik. Erkk...


Doc tegur : awak tunggu sekejap ! saya nak buat iui utk patient saya bg saya 15-30 minit ya? awak pergi minum2 dulu.

Terkesima aku doc pesan. bahahaha. Lepas tu baru Nurse datang akan ulang benda sama, suruh tunggu n minum dulu. Nvrmnd, aku dah biasa menunggu. Selama apa pon. =)


Bila turn aku, as usual masuk bilik duduk. Doc akan check semula last note dia. and bermula lah episod tanya aku : So dah sedia OD?

Eh kalau tanya aku? memang aku dah sedia. Nak tunggu apa lagi? nak atau tak memang aku kene hadapi benda ni. bak kata DH, kalau ini jalannya. Kita terima lah... hihi

Aku dtg time CD16, so doc nak tvs tengok telur. *as usual* (tapi Pcoser cam aku ni, ada ke telur nak besar?) huhu. Doc siap cakap kalau ada kita IUI la.. aku diam. Doc sambung : takpe, we decide later. So aku siap la baring semua utk proses tcs.Masa tvs doc cakap : awak susah hati ya? Jangan takut. Kita ikhtiar.

Out of sudden doc terjerit ! Eh awak ovulate.
This is a good sign. sambil dia tunjuk laaa kat aku,  aku biasa lah Blur. kahkah. Lining pon dah tebal, sbb last jumpa cuma 5.2 je. Tapi tadi 9.2. So maksudnya apa doc?

Doc kata, sbb dia tak dapat monitor telur aku sebelum ni? sbb aku kan gatal beli tix last minute pergi bercuti kat Krabi. hiks. maka doc cuma bekalkan aku ubat :

1) Duphaston.


Doc tunda Od selepas Raya. sebab nak tgk next cycle sebelum puasa, If ada telur matang/besar. Doc nak IUI. Doc kata klu ada peluang IUI why not try. sebelum ni sbb telur aku degil sangat. banyak tapi takmo besar apetah lagi matang -___- sbb tu jalannya OD je.


Ok aku terima apa je. Kita tunggu dan lihat.


Kos kali ni. : RM 500.95 #












Sunday, May 18, 2014

12/5/2014



Sambungan ....


Lepas dah period, as usual CD2 kene pergi jumpa doc. So aku decide untuk pergi isnin 12/5/
Lepas dapat angka giliran and aiting about 30min. turn aku sampai. Soalan pertama doc.

Awak dah period ke? ( macam bunyi sesal sangat) HAHA. yelah mungkin as doc dia dah cuba bagi aku ubat/cara terbaik nak bg telur dalam badan aku besar kan? tapi semua pon kuasa Tuhan. hehe


Aku balas : 'haah' je.

Hmmm. so doc tanya, awak dah sedia ke ni nak OD? Let me explain u few things.Lepas dah explain lebih kurang. Doc suruh pilih date untuk proceed OD, mesti kene lepas period. so date doc adalah pada 23/5

Oh,,,date tu aku kat Obersi (gitew) so lepas bincang date yg setiap minggu pon tak FREE untuk aku. hahaha. akhirnya aku sendiri decide untuk buat a week before Puasa 2014.

Doc setuju, and cakap : maknanya kita tunggu awal lg 1 bulan period la ya. So a the mo saya nak cuba lagi.
Doc bekal kan :


1) Clomid ( dos 150mg) - cd2-cd6
2) Dhexametason

Harapan doc agar aku lekat la bulan ni. Sebab dia kata : ade kes bila dah decide date od, tup tup preggy ! Aku mampu senyum dan AMIN-kan je. Dah takde Harapan pon yg tinggal dalam diri aku ni pon. semuanya pon aku dah redha and pasrah je ni. OD pon Od lah kalau ini yg terbaik untuk aku. =)


SMILE .

Kos kali ni = RM 253.25 #






Monday, May 12, 2014

Akhirnya ! CD 35




Period jugak. =)
Date 11/5 - Ahad. actually aku takde lah rasa aku preggy ke apa? sbb last tvs pon hanya nampak telur aku 13mm yg paling besar. payahnyaa laa ade Pcos ni. Aku cuba positif Pcos mungkin takde rawatan tapi mungkin  boleh dikawal kan? Ok takpe kita start semula. Aku rasa macam kene DIET gila2 bagi turun sikit gula dalam badan ni. -___-

Ac aku delay 5 hari. sepatutnya aku period CD31. tapi memang aku dah bajet ni kalau tak cd35 maybe cd40. huhu. sebabnya dulu masa memula start rawatan ni. Dengan clomid lah period aku jadi cun gila . Tetibe je cd28/29. Lepas dah stop dengan clomid. Period lari2 sikit tapi tak banyak. within 31/15cd gak. KIra oklahhh dari dulu-dulu period aku mesti cd40 and above. T___T

So positif sikit bab ni. CUMA benda paling tak best bila kau tau kau tak preegy,TAPI Period datang lambat. Erghhh takleh terima betul macam memberi HARAPAN PALSU. T__T  Tipulah kalau cakap tak berharap  bila dah lambat period and cek2 POSITIF kan? semua pon nak macam tu. Tapi belum rezeki lagi.


Jadi on Monday aku dah tau la aku kene jumpa DR kat demc. =)




Alhamdulillah untuk hari ini, semalam dan esok



p/s : nanti aku cerita ubat dan rawatan terkahir aku sebelum aku period ni. Lupa pulak nak tulis. hehehe



Friday, May 9, 2014

Cerita sebelum ni.



Aku selalu lupa nak tulis apa rawatan yang aku ambil. Sudahnya kat buku tak tulis. Kat blog apetah lagi. Haiyooo ! Patut aku tulis la kan? senang nak monitor apa yg aku buat dengan bantuan Dr. Mind you aku taklah pandai sangat bab- bab TTC  ni, even aku lebih mendengar apa yg doc rasa terbaik untuk aku, badan aku dll. So banyaknya aku membaca je dari blog2 TTC yg lain =)


Ok aku period last April 7/4 - cd1.

So as usual cd 2/3 aku mesti jumpa Dr untuk dapatkan next ubat / rawatan yg sepatutnya. Setelah berkali2 
Clomid - gagal. atau doc kategorikan aku punya badan ni as resistant. Jadi doc kata ni last kita cuba dengan medical. kalau ikot dari date 30/11 - aku asik dibekalkan dengan ubat dan injection..

Antara Ubat yg pernah aku dapat sepanjang treatment:

1) Metformin
2) Clomid
3) Dhexa
4) Liposinol
5) Fluimucil - A 600mg
6) Injection - Folliova 75

Result - Failed ! untuk preggy Normal ( macam yg doc harapkan) Ofcouse la sebab aku pcos. Hormon aku camne pulak -___- nak cerita banyak2 boleh google. Jadi cam aku yg tetibe suka membaca bab infertility ni.


So Doc kata infertility cases ni kene ikot step. Medical > Surgery. Kalau medical gagal so next step adalah Surgery. Aku pon tak tau apesal doc taknak jump terus. Kuikuikui (must be a reason kan?) Siapalah aku untuk menentukan apa yg terbaik untuk badan aku. Aku bukan pandai sangat pon bab -bab ni.  Makanya last step medical adalah? Doc tukar semua ubat aku. Aku yakin je dengan Doc aku. Kita kalau buat apa -apa (USAHA) MESTILAH di iringi KEYAKINAN kan? InsyaAllah KEJAYAAN akan datang. Amin
If cara yang ni tak berjaya, step seterusnya adalah OD ( Ovarian Drilling) T___T


Cuba refer blog ni : PCOS.


So untuk period April baru ni, Doc bagi aku ubat berikut :

1) Femara
2) Metaformin
3) Dhexa.

Masa cd 10 doc tvs, ade telur yg besar belah kiri cuma 8mm. belah kanan banyak2 pon semua kecik . sedih sangat. Jadi doc suruh inject : doc paling tinggi.

Injection 5 x Folliova 75 x 2 = 150 I.U. Dos paling tinggi untuk aku. dah la kene inject setiap selang 2hari. sakit badan aku. sampai menangis tak berairmata. Aku tak berani nak inject sendiri. Jadi doc bekalkan surat and aku boleh inject kat mana-mana Klinik Panel. Ok lah mudah kerja. Sepanjang kene inject aku jadi pemalas. Semua kerja aku tak nak buat, taknak angkat berat2. haha. Aku berjaga2 jaga. manalah tau ada harapan kan? Kerja Tuhan kita tak tau =)

Jadi bila next tvs cd 15- 17. ade 1 je telur yg besar 13mm. walaupon telur tu tak ract secara posotif terhadap ubat2 ubat yg aku makan / injection yg aku dapat. But Still....... aku senyum. Rasa cam best pulak nampak telur yg besar dari 10mm. huhu

Kos Rawatan untuk sesi ni : RM 385.40



As usual aku tak berharap pon. and Aku period CD 35 / 11 May 2014.




Wednesday, April 30, 2014

cd22


1 MAY 2014.

Harini dah mula tak sedap badan. dari malam tadi sakit2 kaki. pijak lantai pon sakit. Aku tau dah ni tanda2 apa. sebab tiap bulan pon macam tu. nampaknya tiada harapan lagi bulan ni. =(
Aku rasa dah sedia 80% untuk OD. Takpelah kalau ini yg sepatutnya aku lakukan. Chaiyokkkk !




Selamat Hari Pekerja. Hari bermalasan dirumah. Rasa nak keluar dan jalan2 . Happy kan diri.



Friday, April 25, 2014

Maka ber DOA lah..


Bismillah.





Hari ni mood tak berapa baik. Aku tau tak bagus untuk diri sendiri lagi2 dalam keadaan nak ber-ttc ni. 
Tapi aku manusia biasa. Masih punya hati perasaan. Biasalah bila mood tak baik ni mula lah menangis. Aku pon sampai dah tak boleh kira kekerapan mennagis. kenapa di uji, kenapa rezeki yg satu (anak ) belum ada. Sedih

Sedih sangat ! Luar mungkin nampak aku happy. Tapi siapa yg tahu apa yg aku rasa? 


Ya Allah, kau dengarilah DOA hambamu ini. Sesungguhnya aku sudah tidak tertangung. Amin


T____________________T











Sunday, April 20, 2014

Berurut !



Tak berapa ingat bila date kali  pertama berurut, tapi sepanjang berkahwin dr 2011-2014 ni, baru pergi urut 2 x. Kalau ikutkan TTC ni start tahun ke-2 perkahwinan tapi bukan secara serius. Mula serius adalah 5/6 bulan kebelakangan ni. InsyaAllah moga doa didengar oleh Allah swt. Amin


Kali pertama berurut :

2013- awal2 Jan/ Feb. Urut dengan jiran rumah emak. Bidan. Biasa urut 3x kan? sama lah ni. Bayaran dikenankan tak mahal. ikot ikhlas kita memberi. Masa urut kali pertama. Cik M, kata denyutan tu ada, Rahim ok, cuma JAUH. tak tau lah maksud jauh dia cam mana. sampai skg aku tak berapa paham istilah2 perubatan Bidan =).

Ambil secara positif. Cik M suruh aku kuruskan badan juga,dia kata punca susah lekat pon sebab lemak banyak sgt. huhu. Serius aku gemok lps kawen, sebelum ni badan adalah paras normal dan ok je. 3 x urut. dan kemudian Cik M kata usaha lebih. InsyaAllah.


Urut kali- ke 2 : 11/4/2014

Jauh ke Paroi. Nenek Melah. Aku ke nenek ni sebab ade kawan yg senasib kawen 2yr + akhirnya lekat dgn izin Allah.Itupon lepas berurut dengan nenek. Nenek just bagi air, doa untuk diminum.Jadi tak salah mencuba kan? Apa jenis USAHA pon.


Masa mula2 pergi.Nenek Melah pesan datang pagi2 sebelum jam 8.30. kami pergi Jumaat- ahad). So kami pergi dengan niat berurut Zuriat. bayaran yg dikenakan RM45 (memang dh ade senarai harga atas meja).
Masa memula sampai sebelum urut, nenek pegang ibu jari kanan dan dia tekan. Tiba2 nenek cakap : Ehmmm ni anak 12 pon pon  boleh , Lepas tu nenek suruh baring, nenek tekan2 perut : kata aku kuat gastrik. Perut sentiasa mengeras. uhuhu. Makan jgn lewat. Ovari aku terbelit dan dlm badan banyak asid katanya.  So kene datang tiap pagi, supaya perut aku memang koosng dan aku tak minum air kan? Jadi senang nenek nak urut. nenek kata kalau tengok dr rahim aku. anak 12 pon boleh. huhu Aminnn ! Tapi kene usaha lebih. cuma tu lah masalah2 aku yg sebelum ni. Nek kata blocking menghalang laluan sbb usus tu tersumbat byk sgt makan benda tak elok. 


Kene pantang makan :

1) Ikan Pari, Kacang Panjang, Kobis, Cuka, Jambu Batu, Asam, Air gas, Kambing, air kelapa, air tebu, Nescafe dll.

tapi terfikir nak pantang lebih dari itu. :

FAST FOOD ! JUNK FOOD. yg kategori ni serius aku kene buang selamanya agaknya kan? huhu. lagi pon tak elok utk kesihatan. act dh lama tak makan jambu dgn asam, tapi sejak tak lekat lamaaa. so malas berpatang. huhu.


Sambung urut day 2 & 3 - nenek kata nenek dah cuba betulkan keadaan Rahim aku yg jatuh, dan ovari belit tu. InsyaAllah, kami mencuba apa sebaiknya. Benda2 usaha ni kita kene positif kan? Pesanan nenek yg akhir , nenek suruh banyak2 berdoa, usaha sehabis boleh.



Sekarang selain berpantang, aku cuba juga untuk :

1) selalu minum air masak
2) cuba makan madu
3) habatussauda
4) Kismis
5) Pati Delima Gulsan




InsyaAllah. Chaiyokkkkkk .








Saturday, April 19, 2014

Sedikit Pengenalan :




Dah lama ada rasa nak menulis tentang TTC. Berkahwin sudah masuk tahun ke 3. Di awal perkahwinan tak pernah terfikir inilah nasib yg akan menimpa diri. Bunyi macam sarkstik kan? Tapi saya redha dengan apa jua ketentuan. tak ada penyakit takde punya ubat. Apa yg penting adalah USAHA.


Saya berkahwin diakhir 2011. ( mungkin masih baru untuk usia perkahwinan) . Tapi umur saya tak lah muda. Dalam usia sekarang, kawan2 semua dah punya 2 dan nak masuk 3 anak. tapi saya belum punya rezeki. Soon. Amin

2012

1 tahun pekahwinan adalah waktu paling seronok untuk dinikmati berdua. Sekarang pon seronok sahaja. Minda sentiasa positif, masa berdua masih ada. Pasti ada SEBAB kenapa Allah tentukan begini. Soalan kerap ditanya : bila nak ada anak? awal2 dulu memang cepat marah! sekarang tak lagi. sekarang kuat menangis je ='(

Mertua pernah bawa bancuhan air kunyit dan akar kayu. sbg salah satu usaha. Tapi  belum juga rezeki.

Terus terang , TAK ADA MANUSIA YG BERKAHWIN tak mahukan ZURIAT ! Rezeki kami yg satu ini masih belum ada. Kami masih menunggu dan sabar menanti.


Tahun 2013

Saya dah mula risau. kenapa rezeki yg satu ni belum kunjung tiba? Pernah suatu hari mabuk teruk, mual dan muntah2 ( waktu tu lambat period), kami ke klinik di shah alam. UPT -ve, dan disitulah bermula semua perjalanan TTC ni. =) kami  di-refer ke DEMC, sebab saya sakit di bahagian abdomen. Jumpa Dr.J, saya selesa dengan Dr., lemah lembut sgt . setelah cerita semua tarikh period, cycle day, berat badan ( obv memang bertambah 20kg dr waktu kahwin. huhu). Doc scan dan tvs. hasil dr tvs doc hanya sebut - kemungkinan PCOS. Appoinment date adalah 3 bulan seterusnya. Dan Doc mahu saya turunkan berat badan.


3 bulan kemudian - Berat turun dari 80kg ke 76kg

Doc nak jumpa lagi 3 bulan - Sila turun berat badan lagi. haih

Masa ni dah mula rasa bosan. sebab saya nak tau apa sebenarnya yg saya hidapi. kenapa nak tunggu sampai tiap 3 bulan? baru jumpa? tiap kali jumpa nak date period n data ber- BD je. adoiii. Macam stress pulak , so saya decide ke Umra'

So far saya dah try :

1) DEMC
2) Umra
3) Klinik Soraya

UMRA

Sengaja nak 2nd opinion. so saya ajak hubs pergi Umra ptg, walk-in. Ada seorang Doc Singh cantik. hihi. Lepas dah cerita serba sedikit , as usual  scan, tvs. Doc mula explain dan tanya latar belakang fam etc. Dari apa yg doc explain masa tu Doc memang rasa saya PCOS ! Masa tu rasa macam tak boleh terima betul ! Doc suggest ambil darah next cycle. tapi tak pergi.
balik tu saya google tentang PCos. ternyata tanda2 tu ada. boleh refer mana2 blog ttg pcos.


2nd day period 

Tak pergi pon Umra, cuba ke klinik Soraya. Dengan berani  minta Clomid. Doc bagi makan clomid 50mg dulu selama cd2-cd7. Dr pon syak aku ni pcos. huhu sedihnya... Masa tu dah nekad on next period nak kembali ke DEMC dan jumpa doc sepatutnya.


29.11.2013

Macam tarikh keramat ! date ni 1st day period , masa tu dah punya kekuatan untuk ber- TTC betul2 , sebelum ni on-off ! semua pon on-off diet, on-off makan ubat. huhu. Kali ni tak mahu. Nak bersungguh2 ! Jadi terus call DEMC set appoiment dgn Doc Zamri.


30.11.2013

1st jumpa Doc Z. Dr hasil scan/tvs doc sahkan aku PCOS. sedih masa ni, tapi masih kuat sebab memang dah agak ini masalahnya. hmm, Doc suruh ambil darah untuk cek progestron etc.

Dapat ubat pertama :

1) Clomid 100mg
2) Metaformin - Glucophage
3) Dhexa



and the TTC journey bermula =')







Sedikit tambahan :

pernah ambil :

1) Pati Gulsan selama 3 bulan
2) Susu kambing + kurma
3) habbatussauda







19042014 - Bismillah



Permulaan sebuah cerita.