Monday, July 7, 2014

Bismillah. - Ovarian Drilling (OD)



Last aku update blog rasanya last month. Refer entry INI 

Nak dijadikan cerita ....

Aku period ! makanya cd2  terus la buat appoinment dengan doktor macam biasa. Dan macam biasa jugakla aku akan get ready untuk ape je yang doc dah tentukan. Kalau ikut perancangan awal. Aku sepatutnya OD selepas RAYA. means aku masih la ade masa nak jalan2 few days before puasa. Heeee. Tapi ..... Doc dengan tiba2 and lajunya decide aku OD new week nya. 20/6/2014. Serius aku terkejut, walaupon dah boleh agak dah. hihi. Takde lah takot ke apa? sebab aku dha bersedia dari awal aku start ttc. ape sahaja yg aku lalui ade sebabnya kan? Tapi tak sangkalah seawal ini. Date jumpa doc masa tu 16/6/2014 - Isnin.

Bermulalah episod EMOSI dalam diri. haha.

Semua benda pon aku nak makan, Husband pulak dah start manja2kan diri and start kesian kat bini. ;p
Takdelah aku ambil kesempatan , Tapi waktu macam ni memang la perlukan sokongan dari org yg kita sayang. nak pula ade ade 3 hari je sebelum aku warded Khamis  19/6/14. So dari aku layan sangat perasaan Stress + takut tu? Hubs tak bagi baca apa2 berkaitan benda2 tu semua. Menjadi orang yg degil, aku - google !! Hihi


Aku share sikit pengalaman aku buat Laps.

Khamis - 19/6/14

Aku sepatutnya admit Jam 6am. tapi sebab tunggu hubs balik kerja + aku nak makan kat chillis (sempatkan), So aku dengan selamber jugak la pegi Empire mall, Subang. Sampai pihak hops call untuk suruh register. Takot kami lupa. Lupa? No such thing la. Sooner or later aku still kene OD jugak. sbb dah terang2 failed makan ubat macam2 still tak jadi apa. Jadi memamng OD jalan terbaik.





lepas dah admit. Aku ambil bilik single. senang dan mudah untuk  hubs dan aku selesa sikit. Malam tu nurse dah start kawal BP aku. Blood Pressure aku sangat TINGGI ! huhu, sampai nurse suruh bertenang , maybe sebab aku takot kan? Siapa tak takot? tak pernah sekali aku terfikir dalam kepala otak nak masuk bilik OT, dipengsankan sepenuhnya and menjalani pembedahan? walaupon ( minor surgery) but Still .....

So malam tu aku taknak fikir sangat aku layan movie je kat laptop. seingat aku ada dalam 3 x BP aku diambil. sebab pagi jumaat tu dah nak OT dalam jam 8am. Doc bius masuk suruh sign consent. Masa sign tu aku memang dah ready lah. Nak fikir apa lagi kan? Aku disuruh puasa, last aku minum air jam 12mlm. 


Jumaat - 20/6/14

Jam 5am, nurse ambil bp lagi sekali dan hantar pakaian baru untuk masuk OT. Dia suruh mandi by 6.30am dia akan datang. Lepas sembahyang subuh, aku siap2 pakai baju dan tunggu nurse datang. Lepas dah ditolak ke bilik OT. Aku disuruh baring dekat troley yg macam dalam drama tu ( haha sempat aku pk aku mcm tgh berlakon. LOL) Nurse baca detail aku and transfer pd nurse bhgn pembedahan. Lepas soal sikit2 ak dibawa ke 1 lagi bilik untuk monitor jantung. so kat situ lah jantung aku di monitor sebelum aku dengar suara Doc Zamri ! Lega tapi takot. hihi. Doc tanya : U takot ke? rilex ok? semalam bola tengok tak? Kalah team saya ( sempat lagi doc ni)

by 8am. Ku ditolak sekali lagi masuk ke bilik OT. Sejukkkk sangat. Nurse tanya aku tahan tak? and ofcourse aku tak selesa. Jadi mereka pasang warmer. Mulut aku tak sudah2 baca surah2 apa yg terlintas. Ya Allah , kau permudahkanlah, jangan dipersulitkan. Amin.

Doc bius sampai. Suruh aku tarik nafas, baca bismillah dan selawat. Satu jarum dicucuk di tangan , serius aku dapat rasa ade cecair mengalir dalam badan ! Terus GELAP !




Ini proses yang aku buat. Based on apa yg aku google diinternet. dan dari apa yg doc gambarkan pd aku. Aku hanya sedar sepenuhnya jam 10am. Tu pon kepala berat, mamai, and nurse monitor aku dibilik mula2 untuk tgk jantung. Dia tanya aku nak apa2? apa yg tak selesa? Aku tak boleh nak bernafas betul dan rimas dengan oksigen tu. So aku suruh tanggal. hehe. Doc bius dtg buat lawak lagi. Tanya kalau2 aku ok ke? kalau tak dia nak bius lagi bagi aku tido sampai petang. Hoiiiii mestilah aku taknak kan? Aku just jawab. : saya dah tak larat nak dipengsankan. hihi. By 11am macam tu , aku sedar sepenuhnya sebelum dihantar ke wad semula. Nanti aku sambung lagi ya.


Selamat Berpuasa =)