Wednesday, April 30, 2014

cd22


1 MAY 2014.

Harini dah mula tak sedap badan. dari malam tadi sakit2 kaki. pijak lantai pon sakit. Aku tau dah ni tanda2 apa. sebab tiap bulan pon macam tu. nampaknya tiada harapan lagi bulan ni. =(
Aku rasa dah sedia 80% untuk OD. Takpelah kalau ini yg sepatutnya aku lakukan. Chaiyokkkk !




Selamat Hari Pekerja. Hari bermalasan dirumah. Rasa nak keluar dan jalan2 . Happy kan diri.



Friday, April 25, 2014

Maka ber DOA lah..


Bismillah.





Hari ni mood tak berapa baik. Aku tau tak bagus untuk diri sendiri lagi2 dalam keadaan nak ber-ttc ni. 
Tapi aku manusia biasa. Masih punya hati perasaan. Biasalah bila mood tak baik ni mula lah menangis. Aku pon sampai dah tak boleh kira kekerapan mennagis. kenapa di uji, kenapa rezeki yg satu (anak ) belum ada. Sedih

Sedih sangat ! Luar mungkin nampak aku happy. Tapi siapa yg tahu apa yg aku rasa? 


Ya Allah, kau dengarilah DOA hambamu ini. Sesungguhnya aku sudah tidak tertangung. Amin


T____________________T











Sunday, April 20, 2014

Berurut !



Tak berapa ingat bila date kali  pertama berurut, tapi sepanjang berkahwin dr 2011-2014 ni, baru pergi urut 2 x. Kalau ikutkan TTC ni start tahun ke-2 perkahwinan tapi bukan secara serius. Mula serius adalah 5/6 bulan kebelakangan ni. InsyaAllah moga doa didengar oleh Allah swt. Amin


Kali pertama berurut :

2013- awal2 Jan/ Feb. Urut dengan jiran rumah emak. Bidan. Biasa urut 3x kan? sama lah ni. Bayaran dikenankan tak mahal. ikot ikhlas kita memberi. Masa urut kali pertama. Cik M, kata denyutan tu ada, Rahim ok, cuma JAUH. tak tau lah maksud jauh dia cam mana. sampai skg aku tak berapa paham istilah2 perubatan Bidan =).

Ambil secara positif. Cik M suruh aku kuruskan badan juga,dia kata punca susah lekat pon sebab lemak banyak sgt. huhu. Serius aku gemok lps kawen, sebelum ni badan adalah paras normal dan ok je. 3 x urut. dan kemudian Cik M kata usaha lebih. InsyaAllah.


Urut kali- ke 2 : 11/4/2014

Jauh ke Paroi. Nenek Melah. Aku ke nenek ni sebab ade kawan yg senasib kawen 2yr + akhirnya lekat dgn izin Allah.Itupon lepas berurut dengan nenek. Nenek just bagi air, doa untuk diminum.Jadi tak salah mencuba kan? Apa jenis USAHA pon.


Masa mula2 pergi.Nenek Melah pesan datang pagi2 sebelum jam 8.30. kami pergi Jumaat- ahad). So kami pergi dengan niat berurut Zuriat. bayaran yg dikenakan RM45 (memang dh ade senarai harga atas meja).
Masa memula sampai sebelum urut, nenek pegang ibu jari kanan dan dia tekan. Tiba2 nenek cakap : Ehmmm ni anak 12 pon pon  boleh , Lepas tu nenek suruh baring, nenek tekan2 perut : kata aku kuat gastrik. Perut sentiasa mengeras. uhuhu. Makan jgn lewat. Ovari aku terbelit dan dlm badan banyak asid katanya.  So kene datang tiap pagi, supaya perut aku memang koosng dan aku tak minum air kan? Jadi senang nenek nak urut. nenek kata kalau tengok dr rahim aku. anak 12 pon boleh. huhu Aminnn ! Tapi kene usaha lebih. cuma tu lah masalah2 aku yg sebelum ni. Nek kata blocking menghalang laluan sbb usus tu tersumbat byk sgt makan benda tak elok. 


Kene pantang makan :

1) Ikan Pari, Kacang Panjang, Kobis, Cuka, Jambu Batu, Asam, Air gas, Kambing, air kelapa, air tebu, Nescafe dll.

tapi terfikir nak pantang lebih dari itu. :

FAST FOOD ! JUNK FOOD. yg kategori ni serius aku kene buang selamanya agaknya kan? huhu. lagi pon tak elok utk kesihatan. act dh lama tak makan jambu dgn asam, tapi sejak tak lekat lamaaa. so malas berpatang. huhu.


Sambung urut day 2 & 3 - nenek kata nenek dah cuba betulkan keadaan Rahim aku yg jatuh, dan ovari belit tu. InsyaAllah, kami mencuba apa sebaiknya. Benda2 usaha ni kita kene positif kan? Pesanan nenek yg akhir , nenek suruh banyak2 berdoa, usaha sehabis boleh.



Sekarang selain berpantang, aku cuba juga untuk :

1) selalu minum air masak
2) cuba makan madu
3) habatussauda
4) Kismis
5) Pati Delima Gulsan




InsyaAllah. Chaiyokkkkkk .








Saturday, April 19, 2014

Sedikit Pengenalan :




Dah lama ada rasa nak menulis tentang TTC. Berkahwin sudah masuk tahun ke 3. Di awal perkahwinan tak pernah terfikir inilah nasib yg akan menimpa diri. Bunyi macam sarkstik kan? Tapi saya redha dengan apa jua ketentuan. tak ada penyakit takde punya ubat. Apa yg penting adalah USAHA.


Saya berkahwin diakhir 2011. ( mungkin masih baru untuk usia perkahwinan) . Tapi umur saya tak lah muda. Dalam usia sekarang, kawan2 semua dah punya 2 dan nak masuk 3 anak. tapi saya belum punya rezeki. Soon. Amin

2012

1 tahun pekahwinan adalah waktu paling seronok untuk dinikmati berdua. Sekarang pon seronok sahaja. Minda sentiasa positif, masa berdua masih ada. Pasti ada SEBAB kenapa Allah tentukan begini. Soalan kerap ditanya : bila nak ada anak? awal2 dulu memang cepat marah! sekarang tak lagi. sekarang kuat menangis je ='(

Mertua pernah bawa bancuhan air kunyit dan akar kayu. sbg salah satu usaha. Tapi  belum juga rezeki.

Terus terang , TAK ADA MANUSIA YG BERKAHWIN tak mahukan ZURIAT ! Rezeki kami yg satu ini masih belum ada. Kami masih menunggu dan sabar menanti.


Tahun 2013

Saya dah mula risau. kenapa rezeki yg satu ni belum kunjung tiba? Pernah suatu hari mabuk teruk, mual dan muntah2 ( waktu tu lambat period), kami ke klinik di shah alam. UPT -ve, dan disitulah bermula semua perjalanan TTC ni. =) kami  di-refer ke DEMC, sebab saya sakit di bahagian abdomen. Jumpa Dr.J, saya selesa dengan Dr., lemah lembut sgt . setelah cerita semua tarikh period, cycle day, berat badan ( obv memang bertambah 20kg dr waktu kahwin. huhu). Doc scan dan tvs. hasil dr tvs doc hanya sebut - kemungkinan PCOS. Appoinment date adalah 3 bulan seterusnya. Dan Doc mahu saya turunkan berat badan.


3 bulan kemudian - Berat turun dari 80kg ke 76kg

Doc nak jumpa lagi 3 bulan - Sila turun berat badan lagi. haih

Masa ni dah mula rasa bosan. sebab saya nak tau apa sebenarnya yg saya hidapi. kenapa nak tunggu sampai tiap 3 bulan? baru jumpa? tiap kali jumpa nak date period n data ber- BD je. adoiii. Macam stress pulak , so saya decide ke Umra'

So far saya dah try :

1) DEMC
2) Umra
3) Klinik Soraya

UMRA

Sengaja nak 2nd opinion. so saya ajak hubs pergi Umra ptg, walk-in. Ada seorang Doc Singh cantik. hihi. Lepas dah cerita serba sedikit , as usual  scan, tvs. Doc mula explain dan tanya latar belakang fam etc. Dari apa yg doc explain masa tu Doc memang rasa saya PCOS ! Masa tu rasa macam tak boleh terima betul ! Doc suggest ambil darah next cycle. tapi tak pergi.
balik tu saya google tentang PCos. ternyata tanda2 tu ada. boleh refer mana2 blog ttg pcos.


2nd day period 

Tak pergi pon Umra, cuba ke klinik Soraya. Dengan berani  minta Clomid. Doc bagi makan clomid 50mg dulu selama cd2-cd7. Dr pon syak aku ni pcos. huhu sedihnya... Masa tu dah nekad on next period nak kembali ke DEMC dan jumpa doc sepatutnya.


29.11.2013

Macam tarikh keramat ! date ni 1st day period , masa tu dah punya kekuatan untuk ber- TTC betul2 , sebelum ni on-off ! semua pon on-off diet, on-off makan ubat. huhu. Kali ni tak mahu. Nak bersungguh2 ! Jadi terus call DEMC set appoiment dgn Doc Zamri.


30.11.2013

1st jumpa Doc Z. Dr hasil scan/tvs doc sahkan aku PCOS. sedih masa ni, tapi masih kuat sebab memang dah agak ini masalahnya. hmm, Doc suruh ambil darah untuk cek progestron etc.

Dapat ubat pertama :

1) Clomid 100mg
2) Metaformin - Glucophage
3) Dhexa



and the TTC journey bermula =')







Sedikit tambahan :

pernah ambil :

1) Pati Gulsan selama 3 bulan
2) Susu kambing + kurma
3) habbatussauda







19042014 - Bismillah



Permulaan sebuah cerita.