Saturday, April 19, 2014

Sedikit Pengenalan :




Dah lama ada rasa nak menulis tentang TTC. Berkahwin sudah masuk tahun ke 3. Di awal perkahwinan tak pernah terfikir inilah nasib yg akan menimpa diri. Bunyi macam sarkstik kan? Tapi saya redha dengan apa jua ketentuan. tak ada penyakit takde punya ubat. Apa yg penting adalah USAHA.


Saya berkahwin diakhir 2011. ( mungkin masih baru untuk usia perkahwinan) . Tapi umur saya tak lah muda. Dalam usia sekarang, kawan2 semua dah punya 2 dan nak masuk 3 anak. tapi saya belum punya rezeki. Soon. Amin

2012

1 tahun pekahwinan adalah waktu paling seronok untuk dinikmati berdua. Sekarang pon seronok sahaja. Minda sentiasa positif, masa berdua masih ada. Pasti ada SEBAB kenapa Allah tentukan begini. Soalan kerap ditanya : bila nak ada anak? awal2 dulu memang cepat marah! sekarang tak lagi. sekarang kuat menangis je ='(

Mertua pernah bawa bancuhan air kunyit dan akar kayu. sbg salah satu usaha. Tapi  belum juga rezeki.

Terus terang , TAK ADA MANUSIA YG BERKAHWIN tak mahukan ZURIAT ! Rezeki kami yg satu ini masih belum ada. Kami masih menunggu dan sabar menanti.


Tahun 2013

Saya dah mula risau. kenapa rezeki yg satu ni belum kunjung tiba? Pernah suatu hari mabuk teruk, mual dan muntah2 ( waktu tu lambat period), kami ke klinik di shah alam. UPT -ve, dan disitulah bermula semua perjalanan TTC ni. =) kami  di-refer ke DEMC, sebab saya sakit di bahagian abdomen. Jumpa Dr.J, saya selesa dengan Dr., lemah lembut sgt . setelah cerita semua tarikh period, cycle day, berat badan ( obv memang bertambah 20kg dr waktu kahwin. huhu). Doc scan dan tvs. hasil dr tvs doc hanya sebut - kemungkinan PCOS. Appoinment date adalah 3 bulan seterusnya. Dan Doc mahu saya turunkan berat badan.


3 bulan kemudian - Berat turun dari 80kg ke 76kg

Doc nak jumpa lagi 3 bulan - Sila turun berat badan lagi. haih

Masa ni dah mula rasa bosan. sebab saya nak tau apa sebenarnya yg saya hidapi. kenapa nak tunggu sampai tiap 3 bulan? baru jumpa? tiap kali jumpa nak date period n data ber- BD je. adoiii. Macam stress pulak , so saya decide ke Umra'

So far saya dah try :

1) DEMC
2) Umra
3) Klinik Soraya

UMRA

Sengaja nak 2nd opinion. so saya ajak hubs pergi Umra ptg, walk-in. Ada seorang Doc Singh cantik. hihi. Lepas dah cerita serba sedikit , as usual  scan, tvs. Doc mula explain dan tanya latar belakang fam etc. Dari apa yg doc explain masa tu Doc memang rasa saya PCOS ! Masa tu rasa macam tak boleh terima betul ! Doc suggest ambil darah next cycle. tapi tak pergi.
balik tu saya google tentang PCos. ternyata tanda2 tu ada. boleh refer mana2 blog ttg pcos.


2nd day period 

Tak pergi pon Umra, cuba ke klinik Soraya. Dengan berani  minta Clomid. Doc bagi makan clomid 50mg dulu selama cd2-cd7. Dr pon syak aku ni pcos. huhu sedihnya... Masa tu dah nekad on next period nak kembali ke DEMC dan jumpa doc sepatutnya.


29.11.2013

Macam tarikh keramat ! date ni 1st day period , masa tu dah punya kekuatan untuk ber- TTC betul2 , sebelum ni on-off ! semua pon on-off diet, on-off makan ubat. huhu. Kali ni tak mahu. Nak bersungguh2 ! Jadi terus call DEMC set appoiment dgn Doc Zamri.


30.11.2013

1st jumpa Doc Z. Dr hasil scan/tvs doc sahkan aku PCOS. sedih masa ni, tapi masih kuat sebab memang dah agak ini masalahnya. hmm, Doc suruh ambil darah untuk cek progestron etc.

Dapat ubat pertama :

1) Clomid 100mg
2) Metaformin - Glucophage
3) Dhexa



and the TTC journey bermula =')







Sedikit tambahan :

pernah ambil :

1) Pati Gulsan selama 3 bulan
2) Susu kambing + kurma
3) habbatussauda







No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring =)