Friday, August 29, 2014

2 bulan selepas OD



1st period aku selepas Od adalah pada 12/7/2014
2nd period aku pd 15/8/14


1st day period selepas OD pd CD31- Heavy dan lancar. Wuuu seronok pulak rasa tetibe jadi betul2 wanita. hihi. Aku period dalam 6hari. Sepanjang period takde masalah. Even ms jumpa doktor aku cuma tanya soalan tentang % untuk preggy selapas OD. Dokter mana yg  tak positif kan? So aku terima la jawapan doc dengan rasa HAPPY ! Walauponnn.... hehe . Doc kata selepas OD  dalam tempoh 4-6bulan selalunya positif preggy secara normal. Tapi semua pon berbalik pd ketentuan Allah swt. So aku takdelah letak harapan yang tinggi. Tapi ... KEINGINAN & HARAPAN tu mestilah ada kan? Siapa taknak baby.

Doc bekalkan - Metaformin shj. (kos masa tu RM 380.00) sebab doc ade cabut benang jahitan aku.

Dalam July semua okey - Raya - etc busy je. Tapi aku perasan aku kuat makan. HAHA. So aku memang  tau sure ganggu punya hormon. Sebab berat badan naik kan? Sah ! sebab aku cuma period CD35. Date pada 15/8/2014 - Jumaat. Sebab sabtu doc closed klinik. So aku jumpa doc pada CD4 - 18/8/2014

Soalan pertama doc : Tak lekat lagi ke?? bolehhh? sentap aku. haha
Ada tambah berat? Kurang berat? sambil ketawa.

Aku cakap saya dh period. Doc pon perasan aku lewat sikit. So dia still bekalkan aku ubat.

1) Clomid 100mg each utk 5 hari.
2) Metaformin

Jumpa semula pada CD 12 - 26/8/12 Selasa baru ni.

Doc explain la dr kes 2 aku sebelum OD hingga aku OD. main concern doc adalah nak dapatkan telur besar. Pcos kan telur banyak tapi satu pon tak besau. paling besar aku pernah ada lepas inject + clomid hanya 13mm. T_____T, Jadi kelmarin doc kata dia nk tvs utk tengok telur. Fuhhh berdebar. Serius ! Aku berdebar sebab yelah lepas ko tadah diri nak OD mestilah ko harap ade benda positif kan? Tapi honestly masa aku ambil clomid kesan cuma pening2 dan badan aku jd panas. tak tau kenapa. So lepas baring doc tvs, Alhamdulillah ada telur sebelah kiri 18mm. which is doc kata positif la sebab akhirnya aku dapat gak telur besar. hewhew. Belah kanan ada 16mm. Doc bagi aku injection pregnyl untuk pecahkan telur dan selepas 36jam pandai2 lah. HAHA.

So harini CD15 - Jumaat 29/8/14

last sebelum keluar bilik doc cuma pesan : If tak period buat upt, If period jumpa saya as usual. Kita akan cuba iui lepas ni. Aku senyum je and cakap InsyaAllah. Semoga ada harapan. 


Next week aku bercuti ke Langkawi. Act belanja Hubs bercuti sempenan Birthday dia. So sekali harungla bercuti sekali.



Till then....










No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring =)