Thursday, August 21, 2014

sambungan OD


Salam & Bismillah

Salam Jumaat & Selamat Berkabung sempena #MH17

Dari last entry yg INI baru ada masa nak sambung cerita. Biasalah lepas Bulan Puasa, RAYA, Open House yada yada. Oh lupa Selamat hari Raya buat semua ( maaf jika terlambat) hihi.

Masa aku dimonitor di bilik OT, Nurse ada tunjukkan sample dlm 1 bekas kecil and dia kata akan dihantar ke makmal . Result doc akan bagitahu.Selepas prosedure OD aku dihantar ke wad. maka berehatlah seketika. jam 2pm keatas aku sedia menerima tetamu. Terima kasih buat fam & kawan-kawan. ( masa tu kita akan rasa disayangi sangat T_T huhu) Rasa happy bila tengok kawan datang and bagi kata sokongan. InsyaAllah usaha takkan terhenti. biarlah sampai mati usaha sekalipon, tapi aku harap aku dah buat semua dengan baik. Kalau bukan REZEKI kembali bertanya kepada yg atas tu kan =)

Doc & Nurse ada masuk few times tanya keadaan. 1st day tu honestly MEMANG SAKIT ! walaupon minor surgery. Nak baring sakit badan nak jalan sakit. Aku diberi ubat buang angin (kentut) ubat untuk buang air besar, dan ubat tahan sakit. Sebab Nurse nak aku buang air besar takot agaknya ade usus yg terrrr pape lah masa OD tu kan? hehe . Cuma aku perasan kesan dr gas yg masuk terlalu banyak dalam badan, aku menghadapi kesukaran bernafas dan sesak dada bila baring. T____T sakitnya tuhan he yg tahu. Sampai aku terpaksa tido duduk.


Sabtu 21/6/2014

Doc Z ade masuk bilik around pukul 8am. Kebetulan memang aku ade kat sofa, aku mengadu kat doc aku takleh bernafas/ sesak dada bila baring. Doc kata : memang itu kesan bila angin tu naik ke atas. so aku menag kene buang angin secara kerap. Aku ada baca blog, kesan dari pembedahan tu perut akan buncit ( slps pembedahan sbb gas masuk) SERIUS ! iya. Sehingga sekarang ( 2 bln). Perut aku masih kembung angin. huhu. Lagi teruk masa 1 month la. Doc check and kata bagus sebab aku banyak berjalan. jadi dia nak jumpa aku next period. Nurse hantar ubat &  bil. Hubs setel urusan semua. Dan aku boleh checkout dr hospital. Alhamdulillah =)


few question aku pada doc : perlu ke saya berpatang makan?

Doc jawab : Tak perlu, tapi kalau ada makanan yang awak tak tahan berhenti ambil. sebab akan gatal dibahagian yg ditebuk. memang aku berpantang je lah, untuk kesihatan kan? Aku akui memang gatal esp bahagian pusat sbb termakan telur. hewhew.


ok nanti kita sambung ya?

Period pertama selepas OD pada 12//7/ 2104







No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring =)