Sunday, April 20, 2014

Berurut !



Tak berapa ingat bila date kali  pertama berurut, tapi sepanjang berkahwin dr 2011-2014 ni, baru pergi urut 2 x. Kalau ikutkan TTC ni start tahun ke-2 perkahwinan tapi bukan secara serius. Mula serius adalah 5/6 bulan kebelakangan ni. InsyaAllah moga doa didengar oleh Allah swt. Amin


Kali pertama berurut :

2013- awal2 Jan/ Feb. Urut dengan jiran rumah emak. Bidan. Biasa urut 3x kan? sama lah ni. Bayaran dikenankan tak mahal. ikot ikhlas kita memberi. Masa urut kali pertama. Cik M, kata denyutan tu ada, Rahim ok, cuma JAUH. tak tau lah maksud jauh dia cam mana. sampai skg aku tak berapa paham istilah2 perubatan Bidan =).

Ambil secara positif. Cik M suruh aku kuruskan badan juga,dia kata punca susah lekat pon sebab lemak banyak sgt. huhu. Serius aku gemok lps kawen, sebelum ni badan adalah paras normal dan ok je. 3 x urut. dan kemudian Cik M kata usaha lebih. InsyaAllah.


Urut kali- ke 2 : 11/4/2014

Jauh ke Paroi. Nenek Melah. Aku ke nenek ni sebab ade kawan yg senasib kawen 2yr + akhirnya lekat dgn izin Allah.Itupon lepas berurut dengan nenek. Nenek just bagi air, doa untuk diminum.Jadi tak salah mencuba kan? Apa jenis USAHA pon.


Masa mula2 pergi.Nenek Melah pesan datang pagi2 sebelum jam 8.30. kami pergi Jumaat- ahad). So kami pergi dengan niat berurut Zuriat. bayaran yg dikenakan RM45 (memang dh ade senarai harga atas meja).
Masa memula sampai sebelum urut, nenek pegang ibu jari kanan dan dia tekan. Tiba2 nenek cakap : Ehmmm ni anak 12 pon pon  boleh , Lepas tu nenek suruh baring, nenek tekan2 perut : kata aku kuat gastrik. Perut sentiasa mengeras. uhuhu. Makan jgn lewat. Ovari aku terbelit dan dlm badan banyak asid katanya.  So kene datang tiap pagi, supaya perut aku memang koosng dan aku tak minum air kan? Jadi senang nenek nak urut. nenek kata kalau tengok dr rahim aku. anak 12 pon boleh. huhu Aminnn ! Tapi kene usaha lebih. cuma tu lah masalah2 aku yg sebelum ni. Nek kata blocking menghalang laluan sbb usus tu tersumbat byk sgt makan benda tak elok. 


Kene pantang makan :

1) Ikan Pari, Kacang Panjang, Kobis, Cuka, Jambu Batu, Asam, Air gas, Kambing, air kelapa, air tebu, Nescafe dll.

tapi terfikir nak pantang lebih dari itu. :

FAST FOOD ! JUNK FOOD. yg kategori ni serius aku kene buang selamanya agaknya kan? huhu. lagi pon tak elok utk kesihatan. act dh lama tak makan jambu dgn asam, tapi sejak tak lekat lamaaa. so malas berpatang. huhu.


Sambung urut day 2 & 3 - nenek kata nenek dah cuba betulkan keadaan Rahim aku yg jatuh, dan ovari belit tu. InsyaAllah, kami mencuba apa sebaiknya. Benda2 usaha ni kita kene positif kan? Pesanan nenek yg akhir , nenek suruh banyak2 berdoa, usaha sehabis boleh.



Sekarang selain berpantang, aku cuba juga untuk :

1) selalu minum air masak
2) cuba makan madu
3) habatussauda
4) Kismis
5) Pati Delima Gulsan




InsyaAllah. Chaiyokkkkkk .








1 comment:

  1. Saya juga TTCian dulu. berurut jugak utk hamil. Berhasil akhirnya, alhamdulillah. Moga Allah kurniakan rezeki anak utk awak juga. In shaa Allah.

    err.. nak balas follow blog ni. tapi takde widget follower nampaknya.

    ReplyDelete

Sharing is Caring =)