Sunday, March 8, 2015

2015 dan March



Bismillah...


Lama tak jengah blog. kebetulan ada masa terluang =)
Alhamdulillah aku sekarang nak masuk 30weeks. ade lagi 10weeks. Semoga semua dipermudahkan.


Takde apa pon nak share. sebab aku jenis tak reti nak luahkan melalui blog. hihi
Tapi apa yang aku perasan. Bila diberi peluang untuk preggy ni, aku banyak muhasabah diri. Kadang2 kita tak perasan pon yang sebenarnya kita ADA LEBIH dari apa yg kita harapkan.. 

bila duduk sorang2 baru terfikir. Ohh masa aku belum ada peluang mengandung. Aku ada ni. ade ni. Tapi kenapa lah tak reti bersyukur kan? my bad =(
Selalu sangat salahkan takdir. sedangkan perancangan Allah swt tu dah sebaik-baiknya.  Kita je tak nampak semua tu. Aku tetap berpegang dengan kunci SABAR. Besar sangat kuasa SABAR tu sebenarnya. 

Entah, 


kalau lah Allah tak uji aku sebelum ni, mesti aku antara manusia yg leka, tak bersabar, tak bersyukur etc. T_T sekurangnya aku tau waktu diuji tu buat aku jadi KUAT sampai sekarang. Sekarang pon lebij tenang, tak perlu nak fikir2 sangat benda remeh yang sesakkan kepala. Serius tak perlu ! dalam hidup ni banyak lagi benda penting nak fikir kan?  =)


Bercakap tentang kandungan aku. so far Alhamdulillah. Cuma HB makin rendah. aku harap semua tu akan ok dalam masa tedekat. Doa banyak2. hihi InsyaAllah Tuhan makbulkan kot. Yang penting usaha.






Wednesday, December 3, 2014

Dah Disember !



Hi,

Cepatnya nak habis 2014. Rasa macam tahun ni paling laju masa berjalan
Minggu depan kami akan sambut Anniversary ke 3. Excited. Taknak hadiah apa pon cukuplah dengan kesihatan yang baik sepanjang aku mengandung ni. Alahmdulillah dah 4 bulan. Tapi biasalah masih paranoid. Takot tu mesti ada. Berjaga-jaga sangat. Bukan Aku yang dulu lah senang cerita. haha, lebih perempuan sikit jalan pon terkepit. Kalau tak langkah tu tah kemana2 tah. -_-


MALAS masih sama. Aku cukup malas jumpa orang. Jumpa pon siapa yang aku senang je. Kalau saja-saja nak jumpa, Banyak la alasan aku bagi. haha. Suka duduk rumah. Diam-diam, membaca, tido, makan. Dapur rumah tak berasap langsung. Sepanjang nni memang makan luar. Tapi aku pon tak la kerap makan sangat. dah 4bln berat hanya naik 500grm. 3 bulan pertama turun sampai 7kg. So agaknya sekarang berat yg ok lah kot? 


Setiap hari aku doa , semua dipermudahkan. Mabuk Mual on off. Siang memang ok je. Malam agak manja sikit. Baringg je / ke toilet. Selebihnya duduk bilik mengurung diri. hihi lebih seronok macam ni. Memang betul2 beri perhatian terhadap DIRI SENDIRI. Aku ada few alergik sepanjang preggy ni. Tapi semua terkawal. kulit kering and gatal melampau sampai merah2, mak kata tu biasa je. So far check up 2 tempat. Saja nak 2nd opinion. Private & KK. Both ok je. Tapi KK explanation memang sangatttt detail. So aku ok je for both. Next 3 weeks checkup lagi. Masa tu dah nak masuk 5bln. Ya Allah permudahkan lah. Amin,.


Barang baby dah beli sikit2. amik warna neutral je. hehe







Thursday, October 2, 2014

Alhamdulillah



Bismillah...

Sempena Jumaat Barakah ni. Aku ada keberanian sikit nak share berita yang ditunggu selama hampir 3thn usia perkahwinan. Last entry SINI aku last period adalah pd 15.8.14 . Aku siap pergi Langkawi jalan2 lompat sana sini. Nak kata aku tau aku pregnant jauh sekali. 

Secara ringkas la . 

Aku cuma perasan badan aku panas sampai skg. Tapi tak demam. dan ade 1 rasa sakit mencucuk2 kat bahagian perut/ovari ke (kwsn sewaktu). Sakit tu mmg aku tak pernah rasa pon. Dlm hati aku dah terasa : aku ni pregnant ke? Tp malas mengharap. So buat aktiviti mcm biasa. Sampai ms kat langkawi aku ade rasa nak google ciri2 wanita HAMIL. and few ciri tu aku ada. Tp mcm tu jelah.. Masa nak touchdown LGK-KUL ms tayar flight cecah je jalan. Automatic aku angkat punggung aku. Hubs tanya knp? aku diam je. huhu

15.9.14 - Aku keluar g mall, tp perut still rs cramp mencucuk2. so aku decide beli pad dan pakai. sebab rasa mmg akan period la kot? Balik dr mall aku check kosong. So mmg aku tak teragak2 nak buat UPT sbb teringat pesan doc, IF period lambat buat UPT. So pagi 16/9 ( Cuti Hari Msia) aku buat test spt kat bawah ni :



and ....... POSITIVE ! 2x jam 7.30am & 8am

Ya Allah, berderau darah aku masa tu jugak. BLUR pon ia. Time camnilah aku macam tak paham double line tu maksudnya apa? Aku tak boleh fikir. Aku buat lagi test ( 6 x upt aku buat ms berlainan) result sama. Aku keut hubs dr tido. dah sama2 BLUR. Aku suruh hubs beli UPT lain 2/3 and clear blue. Lps tu aku ajak jmpa doc. Result sama. Double Line. Lps jmpa doc :

Poliklinik Ria

Ahamdulillah positif , doc sah kan aku 5w masa tu. tak paya la aku share cerita nangis2 tu semua. and sampai skg pon tak ramai yg tahu aku preggy. Aku lebih banyak diam. Instagram pon sunyi sikit 2/3 menjak ni. Aku sickness malam . Lepas magrib je tak kira mesti loya, muntah. Makan mmg tak lalu sgt skg ni. aku makan apa aku boleh sumbat je. nasi totally OUT. Skg aku dah 7weeks. 1st scan on 5w tu semua ok. kecil lagi just doc sahkan kandungan dlm rahim. alhamdulillah. next apmt on 10weeks.

Sebenarnya ....

Masih jauh lagi perjalanan aku. Tujuan tulis kat sini pon sebab sbg rujukan aku nanti dan mungkin ini sahaja entry  ttg pregnancy. Aku masih ada rasa nak berahsia. Aku paham macam mana susahnya nak dapatkan Zuriat. Aku masih ada kawan2 yg perlu dijaga hatinya. So aku taknak dgn rezeki yg Allah bagi ni buat aku mendabik dada (nauzubillah). Rezeki anak ni semua milik DIA.So keputusan aku untuk mendiamkan diri tu aku rasa tepat. Aku doakan kawan2 TTC aku yang lain sama2 dapat rezeki yg satu ni. Amin. Moga Allah makbulkan doa kalian juga. Setiap orang akan ada rezeki anak. Kuncinya hanya SABAR. InsyaAllah.


Dan Alhamdulillah akhirnya Allah perkenankan doa kami. selepas macam2 yg aku lalui dr awal aku start ttc. Akhirnya terbayar. Alhamduliilah Syukur. =) 



Sampai sini sana coretan. InsyaAllah . Minggu depan start checkup demc.













Friday, August 29, 2014

2 bulan selepas OD



1st period aku selepas Od adalah pada 12/7/2014
2nd period aku pd 15/8/14


1st day period selepas OD pd CD31- Heavy dan lancar. Wuuu seronok pulak rasa tetibe jadi betul2 wanita. hihi. Aku period dalam 6hari. Sepanjang period takde masalah. Even ms jumpa doktor aku cuma tanya soalan tentang % untuk preggy selapas OD. Dokter mana yg  tak positif kan? So aku terima la jawapan doc dengan rasa HAPPY ! Walauponnn.... hehe . Doc kata selepas OD  dalam tempoh 4-6bulan selalunya positif preggy secara normal. Tapi semua pon berbalik pd ketentuan Allah swt. So aku takdelah letak harapan yang tinggi. Tapi ... KEINGINAN & HARAPAN tu mestilah ada kan? Siapa taknak baby.

Doc bekalkan - Metaformin shj. (kos masa tu RM 380.00) sebab doc ade cabut benang jahitan aku.

Dalam July semua okey - Raya - etc busy je. Tapi aku perasan aku kuat makan. HAHA. So aku memang  tau sure ganggu punya hormon. Sebab berat badan naik kan? Sah ! sebab aku cuma period CD35. Date pada 15/8/2014 - Jumaat. Sebab sabtu doc closed klinik. So aku jumpa doc pada CD4 - 18/8/2014

Soalan pertama doc : Tak lekat lagi ke?? bolehhh? sentap aku. haha
Ada tambah berat? Kurang berat? sambil ketawa.

Aku cakap saya dh period. Doc pon perasan aku lewat sikit. So dia still bekalkan aku ubat.

1) Clomid 100mg each utk 5 hari.
2) Metaformin

Jumpa semula pada CD 12 - 26/8/12 Selasa baru ni.

Doc explain la dr kes 2 aku sebelum OD hingga aku OD. main concern doc adalah nak dapatkan telur besar. Pcos kan telur banyak tapi satu pon tak besau. paling besar aku pernah ada lepas inject + clomid hanya 13mm. T_____T, Jadi kelmarin doc kata dia nk tvs utk tengok telur. Fuhhh berdebar. Serius ! Aku berdebar sebab yelah lepas ko tadah diri nak OD mestilah ko harap ade benda positif kan? Tapi honestly masa aku ambil clomid kesan cuma pening2 dan badan aku jd panas. tak tau kenapa. So lepas baring doc tvs, Alhamdulillah ada telur sebelah kiri 18mm. which is doc kata positif la sebab akhirnya aku dapat gak telur besar. hewhew. Belah kanan ada 16mm. Doc bagi aku injection pregnyl untuk pecahkan telur dan selepas 36jam pandai2 lah. HAHA.

So harini CD15 - Jumaat 29/8/14

last sebelum keluar bilik doc cuma pesan : If tak period buat upt, If period jumpa saya as usual. Kita akan cuba iui lepas ni. Aku senyum je and cakap InsyaAllah. Semoga ada harapan. 


Next week aku bercuti ke Langkawi. Act belanja Hubs bercuti sempenan Birthday dia. So sekali harungla bercuti sekali.



Till then....










Thursday, August 21, 2014

sambungan OD


Salam & Bismillah

Salam Jumaat & Selamat Berkabung sempena #MH17

Dari last entry yg INI baru ada masa nak sambung cerita. Biasalah lepas Bulan Puasa, RAYA, Open House yada yada. Oh lupa Selamat hari Raya buat semua ( maaf jika terlambat) hihi.

Masa aku dimonitor di bilik OT, Nurse ada tunjukkan sample dlm 1 bekas kecil and dia kata akan dihantar ke makmal . Result doc akan bagitahu.Selepas prosedure OD aku dihantar ke wad. maka berehatlah seketika. jam 2pm keatas aku sedia menerima tetamu. Terima kasih buat fam & kawan-kawan. ( masa tu kita akan rasa disayangi sangat T_T huhu) Rasa happy bila tengok kawan datang and bagi kata sokongan. InsyaAllah usaha takkan terhenti. biarlah sampai mati usaha sekalipon, tapi aku harap aku dah buat semua dengan baik. Kalau bukan REZEKI kembali bertanya kepada yg atas tu kan =)

Doc & Nurse ada masuk few times tanya keadaan. 1st day tu honestly MEMANG SAKIT ! walaupon minor surgery. Nak baring sakit badan nak jalan sakit. Aku diberi ubat buang angin (kentut) ubat untuk buang air besar, dan ubat tahan sakit. Sebab Nurse nak aku buang air besar takot agaknya ade usus yg terrrr pape lah masa OD tu kan? hehe . Cuma aku perasan kesan dr gas yg masuk terlalu banyak dalam badan, aku menghadapi kesukaran bernafas dan sesak dada bila baring. T____T sakitnya tuhan he yg tahu. Sampai aku terpaksa tido duduk.


Sabtu 21/6/2014

Doc Z ade masuk bilik around pukul 8am. Kebetulan memang aku ade kat sofa, aku mengadu kat doc aku takleh bernafas/ sesak dada bila baring. Doc kata : memang itu kesan bila angin tu naik ke atas. so aku menag kene buang angin secara kerap. Aku ada baca blog, kesan dari pembedahan tu perut akan buncit ( slps pembedahan sbb gas masuk) SERIUS ! iya. Sehingga sekarang ( 2 bln). Perut aku masih kembung angin. huhu. Lagi teruk masa 1 month la. Doc check and kata bagus sebab aku banyak berjalan. jadi dia nak jumpa aku next period. Nurse hantar ubat &  bil. Hubs setel urusan semua. Dan aku boleh checkout dr hospital. Alhamdulillah =)


few question aku pada doc : perlu ke saya berpatang makan?

Doc jawab : Tak perlu, tapi kalau ada makanan yang awak tak tahan berhenti ambil. sebab akan gatal dibahagian yg ditebuk. memang aku berpantang je lah, untuk kesihatan kan? Aku akui memang gatal esp bahagian pusat sbb termakan telur. hewhew.


ok nanti kita sambung ya?

Period pertama selepas OD pada 12//7/ 2104







Monday, July 7, 2014

Bismillah. - Ovarian Drilling (OD)



Last aku update blog rasanya last month. Refer entry INI 

Nak dijadikan cerita ....

Aku period ! makanya cd2  terus la buat appoinment dengan doktor macam biasa. Dan macam biasa jugakla aku akan get ready untuk ape je yang doc dah tentukan. Kalau ikut perancangan awal. Aku sepatutnya OD selepas RAYA. means aku masih la ade masa nak jalan2 few days before puasa. Heeee. Tapi ..... Doc dengan tiba2 and lajunya decide aku OD new week nya. 20/6/2014. Serius aku terkejut, walaupon dah boleh agak dah. hihi. Takde lah takot ke apa? sebab aku dha bersedia dari awal aku start ttc. ape sahaja yg aku lalui ade sebabnya kan? Tapi tak sangkalah seawal ini. Date jumpa doc masa tu 16/6/2014 - Isnin.

Bermulalah episod EMOSI dalam diri. haha.

Semua benda pon aku nak makan, Husband pulak dah start manja2kan diri and start kesian kat bini. ;p
Takdelah aku ambil kesempatan , Tapi waktu macam ni memang la perlukan sokongan dari org yg kita sayang. nak pula ade ade 3 hari je sebelum aku warded Khamis  19/6/14. So dari aku layan sangat perasaan Stress + takut tu? Hubs tak bagi baca apa2 berkaitan benda2 tu semua. Menjadi orang yg degil, aku - google !! Hihi


Aku share sikit pengalaman aku buat Laps.

Khamis - 19/6/14

Aku sepatutnya admit Jam 6am. tapi sebab tunggu hubs balik kerja + aku nak makan kat chillis (sempatkan), So aku dengan selamber jugak la pegi Empire mall, Subang. Sampai pihak hops call untuk suruh register. Takot kami lupa. Lupa? No such thing la. Sooner or later aku still kene OD jugak. sbb dah terang2 failed makan ubat macam2 still tak jadi apa. Jadi memamng OD jalan terbaik.





lepas dah admit. Aku ambil bilik single. senang dan mudah untuk  hubs dan aku selesa sikit. Malam tu nurse dah start kawal BP aku. Blood Pressure aku sangat TINGGI ! huhu, sampai nurse suruh bertenang , maybe sebab aku takot kan? Siapa tak takot? tak pernah sekali aku terfikir dalam kepala otak nak masuk bilik OT, dipengsankan sepenuhnya and menjalani pembedahan? walaupon ( minor surgery) but Still .....

So malam tu aku taknak fikir sangat aku layan movie je kat laptop. seingat aku ada dalam 3 x BP aku diambil. sebab pagi jumaat tu dah nak OT dalam jam 8am. Doc bius masuk suruh sign consent. Masa sign tu aku memang dah ready lah. Nak fikir apa lagi kan? Aku disuruh puasa, last aku minum air jam 12mlm. 


Jumaat - 20/6/14

Jam 5am, nurse ambil bp lagi sekali dan hantar pakaian baru untuk masuk OT. Dia suruh mandi by 6.30am dia akan datang. Lepas sembahyang subuh, aku siap2 pakai baju dan tunggu nurse datang. Lepas dah ditolak ke bilik OT. Aku disuruh baring dekat troley yg macam dalam drama tu ( haha sempat aku pk aku mcm tgh berlakon. LOL) Nurse baca detail aku and transfer pd nurse bhgn pembedahan. Lepas soal sikit2 ak dibawa ke 1 lagi bilik untuk monitor jantung. so kat situ lah jantung aku di monitor sebelum aku dengar suara Doc Zamri ! Lega tapi takot. hihi. Doc tanya : U takot ke? rilex ok? semalam bola tengok tak? Kalah team saya ( sempat lagi doc ni)

by 8am. Ku ditolak sekali lagi masuk ke bilik OT. Sejukkkk sangat. Nurse tanya aku tahan tak? and ofcourse aku tak selesa. Jadi mereka pasang warmer. Mulut aku tak sudah2 baca surah2 apa yg terlintas. Ya Allah , kau permudahkanlah, jangan dipersulitkan. Amin.

Doc bius sampai. Suruh aku tarik nafas, baca bismillah dan selawat. Satu jarum dicucuk di tangan , serius aku dapat rasa ade cecair mengalir dalam badan ! Terus GELAP !




Ini proses yang aku buat. Based on apa yg aku google diinternet. dan dari apa yg doc gambarkan pd aku. Aku hanya sedar sepenuhnya jam 10am. Tu pon kepala berat, mamai, and nurse monitor aku dibilik mula2 untuk tgk jantung. Dia tanya aku nak apa2? apa yg tak selesa? Aku tak boleh nak bernafas betul dan rimas dengan oksigen tu. So aku suruh tanggal. hehe. Doc bius dtg buat lawak lagi. Tanya kalau2 aku ok ke? kalau tak dia nak bius lagi bagi aku tido sampai petang. Hoiiiii mestilah aku taknak kan? Aku just jawab. : saya dah tak larat nak dipengsankan. hihi. By 11am macam tu , aku sedar sepenuhnya sebelum dihantar ke wad semula. Nanti aku sambung lagi ya.


Selamat Berpuasa =)









Saturday, May 31, 2014

Miracle kah?


26/5/2014

Lepas pulang dari bercuti 3h2m ke Krabi. Tenang hati fikiran semua. on 26/5 ada appoinment dengan Doc .
As usual aku suka ambil session pagi (walauuupon) hihi. Patient doc sangat ramai, so awal camne datang pon, tetap laaa turn aku time nak lunch camtu. BIla tiba giliran je. Doc keluar bilik. Erkk...


Doc tegur : awak tunggu sekejap ! saya nak buat iui utk patient saya bg saya 15-30 minit ya? awak pergi minum2 dulu.

Terkesima aku doc pesan. bahahaha. Lepas tu baru Nurse datang akan ulang benda sama, suruh tunggu n minum dulu. Nvrmnd, aku dah biasa menunggu. Selama apa pon. =)


Bila turn aku, as usual masuk bilik duduk. Doc akan check semula last note dia. and bermula lah episod tanya aku : So dah sedia OD?

Eh kalau tanya aku? memang aku dah sedia. Nak tunggu apa lagi? nak atau tak memang aku kene hadapi benda ni. bak kata DH, kalau ini jalannya. Kita terima lah... hihi

Aku dtg time CD16, so doc nak tvs tengok telur. *as usual* (tapi Pcoser cam aku ni, ada ke telur nak besar?) huhu. Doc siap cakap kalau ada kita IUI la.. aku diam. Doc sambung : takpe, we decide later. So aku siap la baring semua utk proses tcs.Masa tvs doc cakap : awak susah hati ya? Jangan takut. Kita ikhtiar.

Out of sudden doc terjerit ! Eh awak ovulate.
This is a good sign. sambil dia tunjuk laaa kat aku,  aku biasa lah Blur. kahkah. Lining pon dah tebal, sbb last jumpa cuma 5.2 je. Tapi tadi 9.2. So maksudnya apa doc?

Doc kata, sbb dia tak dapat monitor telur aku sebelum ni? sbb aku kan gatal beli tix last minute pergi bercuti kat Krabi. hiks. maka doc cuma bekalkan aku ubat :

1) Duphaston.


Doc tunda Od selepas Raya. sebab nak tgk next cycle sebelum puasa, If ada telur matang/besar. Doc nak IUI. Doc kata klu ada peluang IUI why not try. sebelum ni sbb telur aku degil sangat. banyak tapi takmo besar apetah lagi matang -___- sbb tu jalannya OD je.


Ok aku terima apa je. Kita tunggu dan lihat.


Kos kali ni. : RM 500.95 #